Sunday, May 16, 2010

Percutian Pilihan














Aktiviti selepas exam yang penuh dugaan dan cabaran. 2 minggu berhadapan dengan 4 paper yang sangat susah. Nak buat macam mana kan, selagi bergelar pelajar aka budak sekolah kena la sahut cabaran yang diberikan oleh cikgu atau pensyarah. Nak berjaya, kena la belajar bersungguh-sungguh. 

So, kepada siapa-siapa yang nak release kan tekanan jiwa penangan exam or etc, jom la ramai-ramai ke Port Dickson. Memang 'masyuk'. Aku suka dengan P.D. Dengan suasana pantai yang best. Menenangkan jiwa dan raga.(omak ai ayat). Tapi kena tengok tempat jugak la kan. 

Selesai sudah exam hari tu. 9/5/2010, aku dan beberapa member aku sebelum itu telah mengambil percutian ke Port Dickson sebagai destinasi perlancongan kami.(ye la, banyak pulak duit nak bercuti kat Bali kan). Kita orang naik 4 buah motor. Dua 4 stroke, ngan of course dua 2 stroke. Jentera yang dimaksudkan adalah seperti berikut.

1.Yamaha LC
2.Yamaha 125z(Jentera kesayangan ku)
3.Yamaha 125zr
4.Honda Wave 125

Pengembaraan bermula tepat pukul 10.00 pagi bermula di rumah yang disewa oleh jejaka kacak yang bertapak di Desa Petaling. tapi sebelum tu kita orang sarap(breakfast) kat ABC dulu. Member nak sarap dulu. Kemudian bergerak la menuju ke selatan. Tuang la minyak dulu kat Shell Sg Besi.(tak tuang lagu mana nak jalan), yang penting bancuh 2t kat tangki moto 2 stoke ni. Bukan ada coolen pun kan. Lain la macam Yamaha LC(bukan laju sangat pun).

Sampai saja kat tol P.D Seremban, hilang da member-member aku. Masa ni sebenarnya aku terlajak laju, tinggal la member kat belakang. Aku ingat moto aku ni laju la sangat. Rupa-rupanya diorang berhenti isi minyak kat Hentian Seremban. Terpaksa la aku ngan member aku tunggu sekejap sementara tunggu dia orang sampai.(aku naik berdua ngan member aku, lain solo).  Tengah sedap menunggu budak-budak ni. Hujan la pulak. Ingat da berhenti salin baju hujan. Lupa plak baju hujan kat box member. Takpe, tengah semangat cuti. Hujan pun redah je.

Tepat kol 2.30 petang, selesai semua perkara. Check in pun dah. Oh ya, kita orang dapat apartment. Memang cantik wa cakap lu.Murah la. Ada living room yang boleh nak men futsal, Bilik ada 2, queen size, bilik satu lagi double single bed. Wash room setiap bilik ada satu. Apartment tu RM265(murah dan berbaloi)

(ni la bilik aku ngan member aku, yang agak serabut tu katil aku)






Malam pula ada event. BBQ time. Menu, nasi goreng cina, kuea teaw goreng, ayam panggang (slurpppp), udang panggang. jagung panggang. Malam tu memang best beb. Sambil diiringi alunan gitar. Tambah lagi dapat makanan yang sedap-sedapkan. Naik berat aku. 

Esok nya plak balik ke Kolumpor. Alaaa..bosan nye duk KL. Nak buat macam mana, hidup mesti diteruskan. Sebelum balik kita orang mandi manda kat swimming pool. Saja je, bersantai kejap. Tepat pukul 12 kena check out. Nak tak nak terpaksa jugakkan. Rasa macam nak duduk situ je lagi 2,3 hari. Boleh memang boleh. Tapi bayar lebih la.

Kesimpulan, kalau nak bercuti kat PD, boleh la pergi ke Teluk Kemang, PNB Ilham Resort. Kepada stuff-stuff Ilham Resort, terima kasih atas layanan yang 'superb' kat kita orang. Visit Malaysia

No comments:

Post a Comment